Thursday, April 21, 2011

ada apa dengan legging...?

pasti syaitan ketawa riang melihat wanita yang berstatus Islam memakai legging... mana tidaknya melihat wanita itu berjalan dengan punggung yang montok bergerak ke kiri ke kanan ditambah betisnya macam tiang elektrik... kalau betis cantik macam model boleh tahanlah... tapi yang geli hati melihat wanita Islam yang memiliki betis bersaiz XXL macam betis gajah memakai legging... mereka semua tidak perasankah perbuatan mereka hanya mengundang malu dan nampak bodoh atau mereka sudah tidak bermaruah? apa tujuan mereka memakai legging? nak tunjuk mereka cantikkah? seksikah? atau tiada seluar longgar yang dijual di Malaysia? atau seluar yang longgar itu lebih mahal dari legging?

Adakah dengan legging, mereka dapat memakai skirt dengan menutup aurat? atau mungkin bertujuan untuk menutup bulu kaki yang setebal hutan tropika? atau ada panau, kudis dan sewaktu dengannya?

atau mereka memakai legging sebab fesyen terkini? seperti Peter pan...

tetapi apa yang mengejutkan yang si pemakai legging ini juga memakai tudung... Jadi, adakah mereka sebenarnya bertujuan untuk menghina Islam? sebab hanya kaum muslimah yang beriman dan menutup aurat sahaja akan bertudung disebabkan itu adalah syariat...

Kepada semua wanita bergelar muslimah, aurat tidak akan tertutup dengan sifat lemah lembut, berperangai baik, mahupun solat tetapi akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.... dan fahamilah hadis nabi ini baik-baik...

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(H.R. Muslim)

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

No comments:

Post a Comment