
Semasa melayari internet aku bukalah youtube menonton The mystery of empty space yang dikaji oleh seorang pengkaji yang bernama Kim Griest iaitu ahli fizik. Tiba-tiba aku terfikir tentang alam angkasa ini dan terus teringat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui Nabi Muhammad.
Semasa peristiwa Israk Mikraj, Jibril telah menghantar baginda sampai ke Sidratul Muntaha, jibril tidak mampu untuk terus menghantar baginda menghadap Allah Yang Maha Agung kerana Jibril akan terbakar jika melepasi Sidratul Muntaha iaitu tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai ke situ walaupun dia seorang rasul dan nabi dan kawasan yang tidak pernah sampai ke situ para malaikat kecuali Jibril.
Di tempat yang luar biasa ini, dalam pertemuan yang sangat luar biasa…
Dalam hatiku berkata…. Betapa mulianya kekasih Allah… Allah sangat mencintainya… Bagindalah makhluk yang paling dmuliakan….
Aku terfikir… beruntung juga aku ditempatkan dalam umat Kekasih Allah ini… Alhamdulillah…
Aku berselawat ke atas Baginda berulang kali… tiba-tiba aku terfikir, aku umatnya tapi adakah aku mencintai Baginda sepenuh hati? Dalam hati mengomel, heh! Kau ikut betul-betul tak sunnah Baginda tu?
Secara spontan aku menjawab aku jarang baca mathurat… jahilnya diriku…
Aku mengulangi persoalan bermain fikiranku… kau mencintai Rasulullah?
Aku mengeluh lagi, aku… jarang baca Al-Quran…
Hatiku membebel, Al-Quran itu terkandung syariat yang Rasulullah bawa… Ingat senangkah Baginda nak sebarkan syariat itu kepada umatnya? Lagipun itulah wahyu yang diturunkan kepada baginda daripada Allah Ta’ala.
Terasa diriku sangat hina…
Tiba-tiba aku teringat Subuh pagi tadi… Huhu… aku terlepas sudah… Mana tidak terlepas kalau setiap hari, tidur pukul 4 pagi… pasang jam loceng pun tiada gunanya… itulah mahasiswa kan sibuk sangat…
Aku mendengus, cehh! Sibuk konon… asal belajar je buka facebook… da buka facebook, apa lagi main cityville la sampai esok pagi… ishkk… sangat memalukan. Layakkah aku bergelar mahasiswa first class? Tapi itu bukan persoalannya… Jadi, layakkah aku jadi umatnya?
Aku terbayang, kalaulah Rasulullah bersama ku sekarang… Pasti, Baginda sedih akan perbuatanku… aku banyak sangat buat perkara yang melalaikan dan sia-sia…
Solat… perkataan itu bermain dalam benakku. Semasa peristiwa Israk Mikraj itulah juga Allah memerintahkan solat kepada Muhammad dan umat Baginda. Semua undang-undang Islam, Allah perintahkan melalui Jibril, tetapi perintah solat diterima sendiri oleh Muhammad terus daripada Allah. Ini menunjukkan betapa besarnya solat di sisi Allah. Solat itu tiang kepada agama Islam.
Selepas pertemuan itu, Muhammad turun dan bertemu dengan Musa.
Musa bertanya, “Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu?”
Muhammad berkata, “Allah memerintahkan 50 fardhu sembahyang sehari semalam.”
Musa berkata, “Suku Israel diperintahkan kurang daripada itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintalah Allah ringankan lagi.”
Kerana belas kasihan dan kasih kepada umatnya, Muhammad meminta Allah meringankan sehinggalah menjadi lima kali perlaksanaannya, tetapi Allah tetap memberi pahala menyamai 50 kali.
Dan aku berfikir, 5 kali pun aku masih boleh terlepas dan tidak terjaga apalagi 50 kali. Tapi, peristiwa tersebut membuatku terkedu, sayang dan kasihnya Nabi Muhammad kepada umatnya…
Huh… jadi, adakah kau mencintai Rasulullah??? Dan soalan cepumas… adakah kau mencintai Allah??? Masalahnya, layakkah kau berkata ‘ya’???
P/S: LU PIKIR SENDIRI… tu raja lawak kata bukan aku…
Rujukan:
Zulkifli et al. (2010). Biografi Muhammad Bin Abdullah, perjalanan hidup seorang nabi. Selangor: PTS ISLAMIKA.