Sunday, June 19, 2011

Solat Sunat Gerhana Bulan



Bismillahirrahmaanirrahiim..

Pada 16 jun yang lepas, gerhana bulan telah berlaku diantara pukul 1 pagi sehingga pukul 6 lebih. Ramai warga Malaysia sanggup menunggu dengan sabar dan tidak tidur untuk menyaksikan tanda kebesaran tuhan ini.

Sehinggakan acara ini telah di “post” di “facebook” mahupun “twitter”. Ramai sukakan dengan keindahan panorama kejadian ini sehingga sanggup merakam beberapa jam untuk dibuat koleksi peribadi ataupun untuk kenangan. Dan tidak pelik ada juga yang sedap tidur dibuai mimpi pada waktu itu.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah apa yang perlu dibuat semasa gerhana iaitu solat sunat gerhana. Untuk solat gerhana bulan dipanggil solat sunat khusufil-qamar dan solat gerhana matahari dipanggil solat sunat kusufisy-syams.

Amalan sunat ini yang sangat jarang dilakukan oleh masyarakat sekarang semakin dilupakan walhal amalan ini adalah sunnah Rasulullah. Jadi benarlah sabda baginda pada 14 abad yang lalu bahawa Islam akan kembali menjadi asing sebagaimana awal kedatangannya.

Mengikut sumber dari Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang diketuai oleh Dr Kassim Bahali yang telah menjangkakan akan timbul gerhana bulan penuh pada 16 jun yang lepas dan yang paling unik ialah kejadian ini akan berlaku dua kali, dijangkakan akan berlaku lagi pada Disember ini.

Semua sudah sedia maklum bahawa Gerhana Bulan adalah tertutupnya sinar matahari oleh bumi sehingga bulan berada di dalam bayang-bayang bumi. Gerhana bulan terjadi saat matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan dan bumi berada di antara matahari dan bulan. Saat terjadinya gerhana bulan adalah pada malam purnama.



PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad ( مؤكدة)

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang

masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat

ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi

gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat

malam.

Cara Pertama :

Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua

rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua :

Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan

dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu

rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap

qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas

takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana

surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam

kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud

kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang

kedua.

Cara Ketiga :

Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua

akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama

hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang

sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi

qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua

qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam

yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.

Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan

kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga

70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana

sehinggalah selesai.

Tempat Solat

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa

dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.

2. Berniat mengerjakan solat gerhana.

3. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.

4. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.

5. Baca al-Fatihah dan Surah.

6. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).

7. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.

8. Baca al-Fatihah dan Surah.

9. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.

10. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.

11. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.

12. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti

khutbah Hari Raya).

INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau

rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah

menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin

Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara

perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya

dilakukan dengan suara yang nyaring (جهر).

Rujukan:

1.http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf

2http://pmiupm.net/index.php/2011/06/15/solat-sunat-gerhana-bulan/.

3.http://blogger-jepara.blogspot.com/2011/06/koleksi-foto-gerhana-bulan-total.html

No comments:

Post a Comment