Thursday, March 3, 2011

valentine's day

Sejarah telah membuktikan bahawa Valentine’s day merupakan hari memperingati seorang paderi Kristian yang dihukum bunuh. Hari yang juga sinonim sebagai hari kekasih ini, dilarang sama sekali disambut oleh masyarakat Islam.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Namun, kemeriahan sambutan Valentine’day dalam masyarakat dunia pada hari ini tidak pernah surut malah sudah menular kuat dalam kalangan masyarakat Islam. Mereka beranggapan bahawa Valentine’day adalah masa yang sesuai bagi menunjukkan kesetiaan cinta dan kasih sayang bersama pasangan masing-masing.

Banyak publisiti yang menguar-uarkan berkenaan dengan tarikh 14 februari terutamanya di media elektronik dan tidak kurang hebatnya sumber daripada media cetak. Sesetengah daripada mereka merasakan ketinggalan zaman jika tidak sama-sama meraikan perayaan ini. Tambahan pula sebagai tanda sokongan, mereka turut membantu sebagai penggerak sambutan di mana-mana majlis pada hari tersebut. Dalam hadis Rasulullah s.a.w ada meriwayatkan, “Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa sudah ramai pihak yang bertangunggjawab yang berusaha melarang umat Islam menyambut Valentine’day ini. Hal ini demikian kerana, akan timbul suasana jahiliyah yang sangat menyedihkan seperti penzinaan yang berleluasa, pesta arak, dan akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi. Seterusnya bakal meningkatkan lagi statistik kes jenayah dalam negara kita.

Oleh itu, kesedaran dalam diri terutama masyarakat Islam itu perlu ditingkatkan daripada sudut keimanan dan ketakwaan yang teguh kepada Allah swt. Hal ini kerana, agar diri kita terlindung daripada terjebak ke dalam kancah arus permainan masyarakat Barat yang cuba menyesatkan golongan Islam. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-An’am, ayat 116 “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment