Friday, March 26, 2010

mata Zinnirah jadi taruhan cintanya

Zinnirah, begitulah namanya. Namanya jarang sekali disebut orang malah mungkin tidak pernah diperkatakan orang langsung. Zinnirah bukan dari golongan wanita yang terkenal di dunia dan tidak mempunyai suatu apa pun. Tetapi, Allah telah memuliakan wanita ini. Allah telah memuliakannya disebabkan pengorbanannya yang begitu hebat sekali.




Zinnirah seorang wanita suci yang mempunyai ketaqwaan yang begitu tinggi dan tauhid yang mendalam di jiwanya. Walaupun, diseksa dengan pelbagai seksaan dan penderitaan namun hatinya tetap teguh pada kalimat Allah. Dia menerima segala-galanya dengan redha. Biarpun seluruh tubuhnya hancur disebabkan oleh seksaan demi seksaan namun dia tetap menahan aqidahnya dan tidak mahu menyerah kalah.




Jiwa tauhid telah sebati di dalam dirinya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memesongkannya daripada Allah SWT. Dunia dan segala kecantikan di dalamnya bukan lagi buatnya. Sekalipun diberikan emas sebesar Gunung Uhud dia tidak akan mempertaruhkan aqidahnya.




Zinnirah seorang wanita yang walaupun lemah pada zahirnya tetapi kuat rohaninya. Pelbagai dugaan yang melanda sebenarnya adalah penyuntik semangat bagi dirinya untuk menguatkan lagi aqidahnya dan menambahkan lagi keyakinan dan kecintaannya kepada agama suci ini.




Penderitaan yang diterima itu tiada lain hanya menambahkan lagi rasa cintanya pada Allah. Dia semakin rindu untuk bertemu Allah SWT. Semakin banyak dia bersujud kepada Allah, semakin deras airmatanya membasahi tempat sembahyangnya. Dia semakin yakin dan berani untuk berdepan dengan musuh-musuh Allah. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah.




Menurut sesetengah riwayat, Zinnirah adalah di antara orang yang awal memeluk Islam. Orang yang terdahulu memeluk Islam, biasanya akan menerima seksaan dan penderitaan yang amat pedih berbanding orang-orang terkemudian. Zinnirah adalah di antara mereka yang mengalami seksaan yang pedih itu. Dia adalah wanita dari keturunan bangsa Rom dan telah ditawan untuk dijual di Kota Mekah. Umar Al-Khattab yang pada ketika itu belum memeluk Islam telah membelinya dengan harga yang amat murah dan menjadikannya hamba.



Penyebaran agama Islam pada awalnya disampaikan secara tersembunyi. Rasulullah SAW hanya menyampaikannya kepada ahli keluarganya sahaja. Zinnirah yang ketika itu sudah memeluk Islam amat khuatir ia akan diketahui oleh Umar. Apa saja ibadah yang dilakukannya adalah ketika tiada siapa di dalam rumah ataupun ketika semua manusia telah lena dbuai mimpi. Di masa itulah Zinnirah akan sujud menyembah Allah dengan penuh linangan airmata, adakalanya dia menangis hinnga tidak sedarkan dirinya.


Satu hari, berita tentang keislamnya diketahui juga oleh Umar. DEngan perasaan marah yang meluap-luap, Umar terus berjumpa Zinnirah dan menyeksanya dengan seksaan yang amat pedih. Zinnirah telah disepak, diterajang, kedua-dua belah kakinya diikat dan dibiarkan di tengah sinar mentari. Tubuhnya pula ditimpakan batu yang berat sekali. Zinnirah menerima seribu satu macam seksaan dan penderitaan. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan yang dirasakan oleh Zinnirah ketika itu dengan siangnya begitu terik dan malamnya pula amat sejuk.


Apa yang dialami oleh Zinnirah tidak sedikit pun memberi kesan ke atas dirinya. Malah, lidahnya tidak henti-henti mengucapkan kalimah "Allah, Allah, Allah, Allahu Akhbar, Allahlah Yang Maha Besar." Di dalam sanubarinya berdetik, " Ya Allah! Ini adalah untukMu. Aku menerima kepayahan ini untuk kebahagiaanku di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment