Friday, October 15, 2010

Makanan yang halal, cabarannya di zaman ini


(Surah Al-Baqarah:172) bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, makanlah mana yang baik diantara rezeki yang Kami berikan kepadamu dan berterima kasihlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembahNya.
Ayat diatas menerangkan perintah Allah yang menghendaki kita makan makanan yang baik, halal dan berzat.
Oleh itu, kita mestilah menitikberatkan perintah Allah dan berusaha mencari makanan halal dan berzat untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur dan benar-benar mengabdikan diri kepada Allah.
(Surah Mukminun:51) bermaksud,
Wahai sekalian rasul, makanlah yang baik-baik dan kerjalah amalan saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah memerintahkan kepada nabi-nabi dan rasul wajib memakan makanan yang halal lagi berzat.
Daripada makanan yang kita makan itulah yang akan menjadi darah daging kita. Seperti 40 butir gandum atau beras yang kita makan, setelah dihadam akan terbentuk setitis darah dan dari darahlah terbentuknya 360 tulang yang dihubungkan 360 sendi yang membentuk kerangka manusia. Oleh sebab itu, untuk menghasilkan badan yang sihat bermula dari pemakanan yang berkhasiat dan halal. Untuk lebih tahu tentang makanan yang perlu dicegah, ikuti link ini
http://www.msgtruth.org/avoid.htm
http://sigitwahyu.net/halal-haram/boleh-jadi-kandungan-babi-sudah-menjalar-ke-tubuh-kita.html
http://halalguide.org/List_of_Non_Halal.html

Sedarlah dan insaflah











Wednesday, October 6, 2010

freemason

lambang freemason

Freemason adalah sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bertujuan untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang dimasukinya. Selain itu, berusaha merosakkan bangsa dan pemerintahan Non-Yahudi (Goyim).
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa. Kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al-Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "1 mata melihat semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Saturday, September 25, 2010

x nak melancong kat dlm bumi lagi?

Anda ingin pergi ke angkasa lepas? Jadi, Panduan Pengembara ke Sistem Suria telah tersedia untuk anda. Pengembaraan ini akan menjadi paling exotik, dan membantu anda menjelajah segalanya untuk mengetahui tentang destinasi pilihan seperti bulan dan venus. Apa yang diperlukan adalah class V launch vehicle, spacesuit, berus gigi anda... dan panduan ini.

Dengan pelbagai tarikan untuk pelancong mengunjung, semestinya anda susah untuk membuat pilihan. Bercuti seminggu di bulan dan makan malam di lunar orbit. Mengambil gambar tapak kaki Neil Armstrong, dan juga menjejaki permukaan Venus yang panas. Menjelajah banyak volcano yang bersaiz besar, menghirup udara segar di gunung dan lava beku. Mencari sisa baki Soviet space probes. Bermain golf dalam graviti 1/6 daripada bumi. Pergi ice skating di bulan-bulan Jupiter. Sebenarnya, adakah kemungkinan ini?

DARI BUMI KE BULAN




Menghirup udara nyaman di pergunungan, laut yang cantik, tetapi malangnya tiada atmosphere. Tiada atmosphere, tiadalah lapisan ozon. Tiada lapisan ozon, tiadalah juga oxygen. Jadi, untuk bercuti di bulan selama seminggu semestinya menyusahkan kerana perlu membawa bertan-tan tangki oxygen dari bumi. Oleh itu, jadilah hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan di muka bumi ini. Janganlah melakukan perkara-perkara yang menjadi faktor penipisan lapisan ozon seperti pembakaran terbuka yang menghasilkan carbon monoxide dan sebagainya agar bumi tidak berubah menjadi seperti bulan.

PERCUTIAN EXTREM DI VENUS



Terlalu panas, beracun dan mempunyai kesan rumah hijau yang sangat teruk yang sepatutnya memberi pengajaran kepada penduduk bumi (mempunyai atmosphere yang mengandungi udara yang sangat tumpat). Adakah kamu cukup berani untuk berjalan di permukaan planet ini dengan memakai spacesuit yang mempunyai perlindungan yang canggih tetapi berisiko tinggi untuk mencair ataupun terbakar apabila menghadapi suhu kepanasan yang melampau? Jika ya, keajaiban akan menunggu kamu seperti volcano Maxwell Montes yang sangat besar dan mungkin dapat melihat persamaan kesan rumah hijau yang berlaku pada bumi pada masa akan datang. Jadi, berhati-hatilah kalau terlalu lama berada di sana, mungkin nanti tidak dapat pulang.

Walaupun hampir dengan bumi, tetapi disana banyak cara yang menarik untuk mati. Jadi, untuk mengelakkan bumi menjadi seperti planet venus, kita sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dan membangunkan alam ini.

Friday, March 26, 2010

mata Zinnirah jadi taruhan cintanya

Zinnirah, begitulah namanya. Namanya jarang sekali disebut orang malah mungkin tidak pernah diperkatakan orang langsung. Zinnirah bukan dari golongan wanita yang terkenal di dunia dan tidak mempunyai suatu apa pun. Tetapi, Allah telah memuliakan wanita ini. Allah telah memuliakannya disebabkan pengorbanannya yang begitu hebat sekali.




Zinnirah seorang wanita suci yang mempunyai ketaqwaan yang begitu tinggi dan tauhid yang mendalam di jiwanya. Walaupun, diseksa dengan pelbagai seksaan dan penderitaan namun hatinya tetap teguh pada kalimat Allah. Dia menerima segala-galanya dengan redha. Biarpun seluruh tubuhnya hancur disebabkan oleh seksaan demi seksaan namun dia tetap menahan aqidahnya dan tidak mahu menyerah kalah.




Jiwa tauhid telah sebati di dalam dirinya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memesongkannya daripada Allah SWT. Dunia dan segala kecantikan di dalamnya bukan lagi buatnya. Sekalipun diberikan emas sebesar Gunung Uhud dia tidak akan mempertaruhkan aqidahnya.




Zinnirah seorang wanita yang walaupun lemah pada zahirnya tetapi kuat rohaninya. Pelbagai dugaan yang melanda sebenarnya adalah penyuntik semangat bagi dirinya untuk menguatkan lagi aqidahnya dan menambahkan lagi keyakinan dan kecintaannya kepada agama suci ini.




Penderitaan yang diterima itu tiada lain hanya menambahkan lagi rasa cintanya pada Allah. Dia semakin rindu untuk bertemu Allah SWT. Semakin banyak dia bersujud kepada Allah, semakin deras airmatanya membasahi tempat sembahyangnya. Dia semakin yakin dan berani untuk berdepan dengan musuh-musuh Allah. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah.




Menurut sesetengah riwayat, Zinnirah adalah di antara orang yang awal memeluk Islam. Orang yang terdahulu memeluk Islam, biasanya akan menerima seksaan dan penderitaan yang amat pedih berbanding orang-orang terkemudian. Zinnirah adalah di antara mereka yang mengalami seksaan yang pedih itu. Dia adalah wanita dari keturunan bangsa Rom dan telah ditawan untuk dijual di Kota Mekah. Umar Al-Khattab yang pada ketika itu belum memeluk Islam telah membelinya dengan harga yang amat murah dan menjadikannya hamba.



Penyebaran agama Islam pada awalnya disampaikan secara tersembunyi. Rasulullah SAW hanya menyampaikannya kepada ahli keluarganya sahaja. Zinnirah yang ketika itu sudah memeluk Islam amat khuatir ia akan diketahui oleh Umar. Apa saja ibadah yang dilakukannya adalah ketika tiada siapa di dalam rumah ataupun ketika semua manusia telah lena dbuai mimpi. Di masa itulah Zinnirah akan sujud menyembah Allah dengan penuh linangan airmata, adakalanya dia menangis hinnga tidak sedarkan dirinya.


Satu hari, berita tentang keislamnya diketahui juga oleh Umar. DEngan perasaan marah yang meluap-luap, Umar terus berjumpa Zinnirah dan menyeksanya dengan seksaan yang amat pedih. Zinnirah telah disepak, diterajang, kedua-dua belah kakinya diikat dan dibiarkan di tengah sinar mentari. Tubuhnya pula ditimpakan batu yang berat sekali. Zinnirah menerima seribu satu macam seksaan dan penderitaan. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan yang dirasakan oleh Zinnirah ketika itu dengan siangnya begitu terik dan malamnya pula amat sejuk.


Apa yang dialami oleh Zinnirah tidak sedikit pun memberi kesan ke atas dirinya. Malah, lidahnya tidak henti-henti mengucapkan kalimah "Allah, Allah, Allah, Allahu Akhbar, Allahlah Yang Maha Besar." Di dalam sanubarinya berdetik, " Ya Allah! Ini adalah untukMu. Aku menerima kepayahan ini untuk kebahagiaanku di akhirat kelak.

Saturday, March 20, 2010

cinta Rabbi

Sungguhnya Allah

tidak memandang kepada jasad

dan rupa bentuk kamu,

tidak kepada keturunan

dan harta kepunyaan kamu,

Sebaliknya Allah memandang

kepada hati kamu.

Maka sesiapa yang memiliki

hati yang bersih suci,

Nescaya Allah amat

mencintai orang itu.

Ketahuilah wahai anak Adam,

bahawa orang yang paling

dicintai Allah

adalah orang yang paling

bertakwa di kalangan kamu.

(Riwayat Muslim & Tabrani)